Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Dari Kubur Ke Krematorium (Imej Terbang Dirakamkan) UPDATED Video

Sewaktu kecil, saya berasa amat takut untuk berada di tanah perkuburan. Pelbagai kisah seram disumbatkan ke telinga, termasuk kisah menegakkan bulu roma kononnya mayat mampu keluar dari liang lahat, merayau dan mengganggu manusia.

Dakwaan itu ternyata tidak benar.

"Sebelum bergerak, bersama kita sedekahkan Al Fatihah dahulu kepada semua ahli kubur," ujar Rahmat selaku ketua kru peninjau 666.


Hampir jam 11 malam, kru 666 melangkah masuk ke tanah perkuburan Islam di Petaling Jaya, Selangor. Beberapa saat kemudian saya tercium seperti bau kabur barus menusuk hidung tetapi saya mengambil keputusan mendiamkan diri. Pada masa sama Rahmat, Zaki, Farid dan Asyraff tidak bersuara.

Justeru terlintas di hati kecil, barangkali deria bau saya terganggu seketika.

Kami meneruskan perjalanan, suasana di tanah perkuburan itu amat tenang. Hati tidak berdebar, hanya rasa keinsafan terpancar di sanubari. Menyedari fakta, sesungguhnya setiap manusia bernyawa, dilahirkan ke muka bumi Allah ini tetap akan mati tanpa mengira samada status mereka miskin atau kaya. 


"Kita letakkan motion detector camera dekat pokok besar di hujung sana," cadang Rahmat.

Zaki mendahului, kru lain berjalan mengekori Rahmat ke lokasi dimaksudkan.


Motion sensor camera, kamera perakam pergerakan itu dihalakan ke arah pokok besar di kelilingi kubur. Jika pergerakan dikesan, secara automatik kamera terbabit berupaya merakamkan satu imej pegun dan klip video 10 saat.


Kami kemudian berkumpul kira-kira 50 meter dari lokasi kamera dipasang menggunakan tripod. 

"Saya baru saya posted di Facebook, 'live from the graveyard', sudah ada komen, cepat sungguh," katanya.

Sejak kisah 666 dipaparkan oleh NTV7 Ahad lalu, ratusan 'peminat' jejaka berusia 24 tahun itu mengikuti pergerakannya melalui lamam sosial terbabit.

Barangkali Rahmat tidak mengetahui, semua kru lain tumpang gembira.


"Suhu dalam 80 darjah Fahrenheit," katanya.


Zaki sejak dari awal sibuk menggunakan electronic voice phenomenan, EVP detector cuba mengesan dan merakamkan audio entiti paranormal, jika ada.


"Bunyi mercun dengarlah," komen kru berusia 31 tahun itu.

Berkebetulan malam tadi, dentuman mercun jelas kedengaran di kawasan sekitar, orang ramai meraikan kedatangan hari lebaran.

Asyraff, bertugas sebagai jurukamera, merakamkan gambar kawasan perkuburan terbabit. Saya berasa kagum, mekanik itu sanggup datang dari Serendah, Selangor hanya untuk menyertai kami. Manakala Farid berfungsi sebagai kru paramedik, membantu sekiranya berlaku kecederaan di kalangan kru sewaktu tinjauan dilakukan.

Alhamdulillah, setakat ini selain berkongsi hobi sama, saya dapat merasakan hubungan antara kru semakin erat. 


Sebelum jam 11.30 malam, kami melangkah keluar menuju ke tanah perkuburan Kristian di kawasan berhampiran.


"Suhu di sini lebih panas sedikit berbanding suhu di kubur tadi," celah Rahmat.


Ketika itu Zaki, Farid dan Asyraff berjalan secara berhati-hati di laluan sempit antara ratusan kubur berhampiran kawasan perumahan itu sambil merakamkan gambar dan audio.


Kami kemudian bergerak semula ke tanah perkuburan Islam untuk mendapatkan kembali kamera perakam gambar ditinggalkan sebelum itu.


Sewaktu bertemu perawat Kasturi Syifa', ustaz Aznil Zulkifli, kami dimaklumkan oleh hafiz terbabit, syaitan 'dirantai' di sepanjang bulan Ramadhan, tidak jin.

Barangkali ramai tidak mengetahui fakta itu.

Kami kemudian beredar dari tanah perkuburan terbabit menuju ke lokasi ketiga.


Sewaktu berdiri di hadapan bangunan tempat pembakaran mayat, krematorium itu, kami terlihat pengawal keselamatan berdiri di kawasan berhampiran.

"Itu kerajaan punya, murah, satu kali bakar RM250, sini swasta punya, RM400," katanya.

Gian Bahadur Krishna Bahadur, 28 tahun, mula bertugas di krematorium bersebelahan sejak setahun lalu.


Menurut anak ke enam daripada 7 beradik itu, gaji pekerja pembakar mayat mencecah RM2,200 sebulan.

"Sekarang pun ada satu mati punya orang dalam. Satu hari biasa tiga orang kasi bakar, tujuh pun ada,"  jelasnya.

Menurutnya, di Nepal dia tinggal di kampung terletak kira-kira 250 kilometer dari Katmandu.

"Kalau di Nepal, ada hantu ke?," soal saya.


Gian spontan menggaru kepala.

"Saya tak pernah jumpa, orang lain ada. Dia orang cakap, itu kain putih ada pakai, dia punya rambut panjang," katanya.

"Wah! Nepal punya hantu pun sama Malaysia punya hantu juga," celah saya.


"Itu hantu, perempuan ke lelaki?," tanya saya kepada anak muda itu.

"Perempuan," balasnya ringkas.

Rahmat, Zaki dan Asyraff kemudian meminta kebenaran pengawal keselamatan berbangsa India untuk merakamkan gambar di bilik pembakaran mayat.

"Jumpa itu office punya orang dahulu," kata pengawal keselamatan warga emas mereka temui.


Saya dan Zaki berdiri di pintu pagar, menunggu.

"Itu tepi sama, mati punya orang, bakar ada dalam," ujar Gian.

"Oh! Tempat abu mayat," celah saya.


Beberapa minit kemudian kru 666 dibawa pengawal keselamatan terbabit keluar dari pejabat.

"Tak bolehlah bang. Dia orang kata, kalau hendak ambil gambar, datang siang. Sebelum ini memang pernah ada group datang shooting di tempat itu," jelas Rahmat kecewa.

Saya merakamkan gambar krematorium itu dari luar sebelum kami beredar.


"Bangunan sebelah ini kosong, pintu terbuka. Jomlah kita berehat sekejap, ada kerusi di situ," celah Rahmat.

Saya yakin, krematorium itu diselenggarakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.


Pantas Farid meninjau kawasan di sekitar bangunan mencari pengawal keselamatan bertugas namun dia tidak kelihatan.

Lalu kami mengambil keputusan untuk melepaskan kepenatan di kerusi di ruang legar.

"Cuba buat muka bosan macam waktu Rahmat menunggu di Jabatan Imigresen," usik saya.

Berikut reaksi mereka.


Untuk rekod, Rahmat kini sering berurusan dengan jabatan kerajaan itu untuk mendaftarkan pekerja warga asing, terbabit dalam proses pemutihan.

"Nampak bekas besi putih di sebelah kiri? Mayat dimasukkan ke dalam bekas itu, disorong ke dalam dan dibakar," celah Asyraff.


Sebaik hilang rasa penat, jam 12.40 malam kami meninggalkan lokasi itu.


Tiba di rumah, saya mengeluarkan SD Card dari kamera perakam pergerakan dan meneliti kandungannya.

Teruja, pantas saya menghubungi Rahmat di rumahnya menggunakan telefon bimbit.

"Rahmat, tepat jam 12:00:00 tadi, kamera merakamkan imej macam entiti terbang," ulas saya.

Salinan video itu saya hantarkan kepadanya melalui emel dan saya kongsikan bersama pembaca setia di bawah ini.


Lihat rakaman VIDEO di halamaan Fact Finders 666  dimuat naikkan oleh Rahmat.  .

Sebagai kru penyingkap fakta, kami berfungsi memaparkan audio atau visual seperti dirakamkan di lokasi.

Pada masa sama, kami percaya, manusia bukan satu satunya penghuni alam maya terbentang luas ini.

Kepada semua pembaca blog ini atau blog lain, tampalan berikut juga menarik untuk difikir dan dilaksanakan.

27 Komen :

kakcik berkata...

SMTI :)

Terima kasih Kak Cik, hilang rasa penat menulis :)

SMTI ^___^

Kelibat putih tu kalau boleh didengari bunyinya mesti berdesup-desup bunyinya kan?

alamak seram ni abg mazidul.

SMTI ;)

gadisBunga berkata...

SMTI...

sungguh misteri. entiti terbang tepat 12 tgh malam....

SMTI

SMTI.
kalau berpeluang nak jugak tengok video entiti terbang tu.

MALAWATI H. berkata...

SMTI..

lynnepu3gp berkata...

SMTI... :)

ejaescobart berkata...

smti..

fISZ berkata...

imej yg ke 6 ke yg tunjuk ada entiti terbang? Tertunduk2 sy betulkan monitor. Tp tak sure gak yg mane.. atau kelibat putih tu?

pn liza, malang nya kami tidak meletakkan voice recorder di lokasi tersebut.

Bro, Saya membaca tampalan ini dan akan terus membaca dan membaca dan membaca selagi mata terdaya, selagi ada tenaga, dan selagi bro Dul masih mampu menaip. Insya Allah

Tanpa Nama berkata...

SMTI..

Blaze berkata...

salam, saya tak jumpa video nya. Dimana ye?

Blaze, cari dengan mata.

Red, kita bangga apabila jurutera bijak pandai mengikuti blog ini.

Biarpun rumah dia dekat tetapi sukar untuk berjumpa.

ahmad berkata...

SMTI

Psychometal berkata...

STMI

Aini berkata...

SMTI

Adam Vai berkata...

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada krew 666 diatas kejayaan merakamkan bukti video entiti tersebut.

Lagi membuatkan saya rasa tak sabar untuk kita melakukan tinjauan di Ulu Bendul!

Tanpa Nama berkata...

SMTI...

Nak tanya, mana videonya? Dlm FB page 666 pun xde?

SMTI.
Memang betul nampaknya jam 12 memang dikaitkan dengan aktiviti paranormal nie..

SMTI

~Sya~ berkata...

SMTI

Sha Fazni berkata...

SMTI~ sy pminat blog ni..:D