Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

Rumah Berhantu Seksyen 2 Shah Alam?

Kisah rumah didakwa berhantu di Seksyen 2, Shah Alam, Selangor tersebar melalui internet, media cetak dan cerita dari mulut ke mulut.

Jam 12.30 malam tadi saya dan 2 kru 666, Razali serta Farid menuju ke Seksyen 2, Shah Alam.

"Mana satu rumah dikatakan berhantu?," tanya Razali kepada pengawal  sekolah berhampiran.

"Jalan depan, sampai simpang belok kiri, rumah sebelah kanan, hujung sekali," balas pengawal sama.

Sebaik tiba berhampiran rumah terbabit, kami keluar dari kenderaan. Razali dan Farid pantas memasang kamera pengesan pergerakan Infrared di tepi jalan menghadap ke arah rumah dimaksudkan.


Kamera terbabit berupaya merekod gambar pegun dan menghasilkan rakaman video berdurasi 10 saat sebaik pegerakan dikesan di sekitar kawasan hadapan lensa.

Kami kemudian bergerak kira 100 meter dari rumah itu dan mengeluarkan peralatan lain.


Perakam audio parabola membenarkan kami mendengar bunyi di sekeliling secara lebih jelas manakala jangkasuhu infrared digunakan untuk menyukat suhu sekitar.

Jam 1.15 pagi kami terlihat sekumpulan remaja berjalan ke arah lokasi kami berdiri.

"Assalamualaikum! Boleh tumpang tanya sikit?," soal Farid.


Biar pun kelihatan teragak-agak, mereka memberikan jawaban kepada soalan dikemukakan oleh Farid sambil diperhatikan Razali.

"Mana satu rumah dikatakan berhantu di sini?," tanya Farid.

"Itu," ujar gadis bertudung putih.

Mereka, pelajar kolej berusia di antara 18 dan 19 tahun.


Seperti dijangka sejak awal, dia menunjukkan kami rumah dua tingkat berpagar tersergam tanpa diterangi cahaya lampu. Rumah sama seperti saya lihat dipaparkan dalam beberapa blog sebelum ini.


Perhatikan peti surat di pagar, tiada tertera nama pemilik mahu pun alamat rumah.


"Macam mana awak tahu rumah ini berhantu?," soal saya.

"Ada kakak kakak serumah, pernah kena kacau," ujarnya.

"Kena kacau macam mana?," soal saya spontan.

"Beg lugage dia orang kena alih. Bila dibaca ayat Al-Quran, lugagae itu macam kena hempas, kira macam 'benda' itu marah," jelasnya.

"Dia orang nampak ke 'benda' menghempaskan beg itu?," tanya saya.

"Tidak," balasnya ringkas.

Malangnya dia bercerita berhubung kejadian didakwa berlaku di rumah sewa bertentangan dengan rumah dua tingkat terbabit.


"Rumah dua tingkat ini pula, apa ceritanya?," soal saya lagi.

"Pernah ada orang nampak macam orang tua perempuan di dalam rumah," ujarnya.


"Ada gambar pegun, video atau audio dirakamkan sebagai bukti?," soal saya.

"Tidak ada," balasnya.

Sedang kami berbual, Farid menghampiri rumah terbabit dan cuba menyukat suhu sekeliling.

"Tujuh puluh satu darjah Fahrenheit," katanya.

Suhu normal.

Razali kemudian mengambil alih tugas itu dan gaya bapa kepada 2 anak itu kelihatan tidak ubah bak juara menembak peringkat kebangsaan.


Sewaktu Farid merakamkan gambar pegun, saya menggunakan perakam audio parabola.

Sebaik alat itu dihalakan ke arah rumah, saya terdengar bunyi cicak, bunyi seperti pintu dibuka dan perabot dialihkan.

Spontan saya memegang beg kecil di dalam poket mengandungi minyak wangi Kasturi Syifa'.

"Saya pun tadi mendengar bunyi sama bro. Lagi pun kawasan ini bising, mungkin bunyi dari rumah di belakang atau rumah sebelah," jelas Razali kelihatan tenang.


Kira-kira jam 1.50 pagi, seorang daripada rakan serumah 3 gadis terbabit datang menghampiri kami. Dia berusia 24 tahun, berasal dari Selangor dan kedengaran petah berkata-kata.


"Sebelum ini orang selalu kacau," katanya.

"Dikacau bagaimana?," soal saya.

"Pernah satu malam, kira-kira 15 orang tua tua datang berdiri di jalan ini. Dia orang ambil gambar dan cuba memanjat pagar. 'Benda' itu, bukan ke kalau dikacau, dia akan kacau kita balik?," dia bertanya.

"Benda apa?," saya pura-pura tidak faham kenyataannya.

"Hantu itulah," jawabnya spontan.

Sekadar ingin mencari kebenaran, soalan berikutnya saya ajukan.

"Macam mana awak tahu rumah ini benar benar berhantu?"

"Orang cakap rumah ini berhantu," balasnya yakin.

"Jadi kalau orang cakap rumah ini berhantu, semestinya berhantu ke? Biar pun setakat ini memang tidak ada bukti nyata?," tanya saya.

Dia terdiam seketika.

"Orang cakap, ada mayat ditanam di dalam rumah ini," katanya.


Andai kata dakwaan itu benar, saya yakin puluhan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor terletak kurang 2 kilometer telah lama 'berkampung' untuk menjalankan siasatan terperinci di rumah sama. 

Pasukan forensik juga pasti tidak kering keringat merungkai dan menganalisa bahan kes. 

Saya kira, dakwaan dihebahkan secara semberono dari mulut ke mulut itu memburukkan imej rumah dan pemilik.

"Pernah ternampak orang tua datang mengambil surat, bila ditanya, boleh ke kami sewa rumah ini? Dia marah," jelas pelajar itu lagi.

Terfikir, barangkali orang tua itu sudah terlalu muak mendengar cerita seram disebarkan. Dia juga mungkin kerugian.


"Rumah bawah awak duduk sekarang, berapa sewa sebulan?," soalan saya ajukan.

"Sembilan ratus ringgit," jawabnya.

Jika tidak didikatakan berhantu, kru 666 menganggarkan sewa bulanan rumah dua tingkat terbabit mampu mencecah RM1,300. Kini, maklumat tercatat di internet mendakwa tiada penyewa sanggup menetap di rumah itu biar pun dengan bayaran RM50 sebulan.

Kru 666 tidak berpeluang melakukan tinjauan terperinci kerana premis itu berpagar dan kami tidak berhajat melanggar undang-undang kerana menceroboh.

Setelah diteliti, kamera perakam pergerakan di tempatkan berhampiran pagar rumah tidak merekodkan visual entiti paranormal.

Namun, kamera digital merakamkan bebeapa gambar pegun entiti dipercayai orbs atau sekadar habuk berterbangan.


Sejak sebulan lalu, kru 666 berhasrat menghubungi pemilik rumah tetapi gagal. Kami ingin memohon kebenaran beliau untuk bermalam di rumah itu dan menjalankan tinjauan sekaligus cuba menyingkap fakta di sebalik rumah dikatakan berhantu itu.

Seperkara lagi, 666 terfikir, mungkinkah kisah seram menyelubungi rumah itu hanya sekadar rekaan sahaja? Atau barangkali gambar rumah sama dirakamkan secara rawak dan pemilik terpaksa menerima bahana?

Untuk berita susulan, klik di sini.

35 Komen :

sW33tdARLiNG berkata...

Berminat nak tahu sejauh mana kebenaran cerita2 orang dan kenapa sewanya sehingga rm50 sebulan. Teruskan usaha 666!!~

lynnepu3gp berkata...

ermmm...kadang2 ckp org nih bkn suma bleh pakai....anyway, good luck 666..!! :)

Kamal berkata...

Kalau dapat duduk kat rumah tu saya nak join kru 666. Saya nak 'cuba' sesuatu...

kwn saya penah kena..dia nk hantar mak angkatnya selang beberapa rumah dr rumah ni. kebetulan dia bawa anak buah dia (baru pandai bercakap) , tiba2 anak buah dia said "Hi" siap lambat kat rumah ni. bila tnye "Jassy hi kat siapa?" dia kata "friend" bila tnye "mana friend?" dia tunjuk kat rumah tu, siap ketawa cm kena acah lagi.Wallahualam~

Yong Sofea berkata...

dulu semasa bergelas student, pernah saya dan kawan-kawan lalu depan rumah tu waktu maghrib. alhamdulillah takde pape. hehe

Nak tau siapa pemiliknya? Kena tanya Al Banjari Online lah..

betul ke berhantu?

Akak berkata...

tak ada sambungan ke??..x sabar nak tahu citer selanjutnya

bersihnye umah...hantu-hantu tu baru cat umah ke

Alif, tiada siapa dapat mengesahkan status itu.

Akak, kami masih lagi cuba mengsan pemilik rumah tanpa nombor itu.

Sembang, :)

Kamal, tidak salah mencuba asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan tuntutan agama.

Kamarulazwa berkata...

banyak cite psl umah ni tp skrg dah bersih...selalu gak nampak maybe tuan umah kot dtg cuci umah tu skrg ni..maybe dah bertukar milik...semalam saya ade emelkan pd en. Mazidul gambar yg diambil pada Feb lepas oleh kenalan...dan terdapat bayangan putih spt kanak2 berlari tepi pagar rumah tu...

Kamarul, please emelkan sekali lagi ke mazidulakmal@yahoo.com

dila berkata...

Tak perlu lah nak cari hantu kat umah ni..saya boleh jamin yang xde hantu kat sini...saya kenal sangat dengan tuan umah ni..Beliau kesal bila ramai kata umah nya berhantu...

Dila, bagus kalau awak kenal pemilik rumah ini.

Jadi boleh awak bantu dia untuk membersihkan imej rumah sudah tercemar berikutan dakwaan berhantu.

Bagi kami, bercakap tanpa mengambil tindakan, tidak berguna.

Sewaktu komen ini ditulis, individu diamanahkan menjaga rumah terbabit telah menghubungi 666.

Untuk rekod awak, kru 666 tidak mencari hantu. Hantu hanya istilah dimomokkan ke telinga awak sejak kecil.

Terima kasih.

betul tu. rumah ini mmng tidak berhantu. sy juga kenal sungguh dengan pemilik rumah ini..

Alif, kenapa selama ini biar pun pelbagai maklumat didakwa kurang tepat disebarkan berhubung rumah itu, tidak ada pihak tampil untuk cuba berkongsi maklumat sebenar?

Saya percaya, jika fakta disingkap,kebenaran akan terserlah.

vimmi yasmin berkata...

smti

akmall berkata...

kenapa tak masuk?... masuk la cuba duduk semalaman ke?... kan? macam citer omputih duk buat tu....kan?

Akmali, rumah terbabit BUKAN rumah kami.

Tanpa kebenaran pemilik, memasuki rumah itu perbuatan menceroboh.

Faham?

Hunny Kitty berkata...

abang mazidul dah dapat contact tuan rumahnya?

zuar berkata...

xsabarnye nak tunggu krew 666 masuk rumah ni..banglo kayangan tu belum pegi lg kn bro mazidul

enol berkata...

1997, pernah menjenguk ke rumah tersebut di malam hari. Seorang lelaki tua di pagar berkata " Pulanglah anakku, dia bukan lawan engkau"

Sehari sebelumnya, di tengah malam seorang rakan yang sedang tidur telah bangkit dan berkata " Aku telah datang kepada kau 13 keliwon yang lalu, dia bukan tandingan kau"

Selang beberapa hari kemudian, kunjungan di siang hari menyebabkan seorang rakan deman.

Mengiakan tidak menambahkan iman, menafikan pula menolak rukun.

Renjishiro berkata...

http://www.mudah.my/Double+Storey+House+SS+2+Shah+Alam-13076699.htm

Nak beli tak? Tiada unsur unsur luar. hahahaha

Mawar berkata...

kalo pemilik pasti xde pape dirumah ni..nape jual ngn harge rm66,000 je..murah sesangat sangat tu..huhu..sy ase nk tau sgt2 kebenaran sebalik cerite2 psal umh ni..hope to get new info bout this..chayok2 kru 666! =D

Tanpa Nama berkata...

saya pernah baca blog bekas seorang pelajar uitm yg pernah duduk dirumah ini...tp, saya x ingat nama blog tu... dia ada menyatakan dia & kawan2 menyewa di rumah itu... rakan nya ada mengusik satu busut di halaman rumah itu...dan benda tu mengamuk...habis smua di usiknya dan kawan dia yg mengusik busut tu mati sbb di langgar kereta kerana melarikan diri dari di kacau...wallahualam....

Hamba Allah berkata...

salam, link berikut mgkn brkaitan :
http://hantudunia.blogspot.com/2011/02/cerita-seram-kisah-benar-seram-seksyen.html

Faizi berkata...

dah xde iklan rumah tu...

Tanpa Nama berkata...

pnah baca cerita psl sekumpulan budak lelaki yg menyewa kat rumah ni. baru 1 hari dah kena kacau-seram gak cerita dia.smpaikan 2 org drpdnya meninggal.wallahualam..

eaddie008 berkata...

kisah rumah nie.. dah sy dgr dari zaman sy sekolah lagi...sekolah menengah yg berhampiran. tapi sampai skrg tak ada apap2 pun. terus kan usaha kru 666

Tanpa Nama berkata...

kalau sewa dier murah rm50 je ape kata saudara sewa je pastu masuk la try tgok btul ke tak ada hantu..kepada yang kenal tuan rumah tu ape kata bagi contact number kat saudara mazidul supaya dier boleh bincang dgn tuan rumah.setakat cakap kenal tuan rumah aku boleh ckp

Tanpa Nama berkata...

Jiran sebelah menyebelah tak kena ganggu ke ek?

isma berkata...

En.mazidul..ssya berminat utk membeli rumah tersebut..boleh ke tlg usahakan utk mengesan pemilik rumah tersebut..k.tq

Nia Kmj berkata...

xsabar menunggu sambungan cerita tentang rumah niey ^_^ ... chayok2

Tanpa Nama berkata...

dah satu tahun berlalu...masih belum dapat contact pemilik rumah ke? masih belum ada gambar terbaru ke?

Salam anak-anakku,

Rumah atau bangunan yang hendak ditinggalkan kosong walaupun sebentar harus ditinggalkan tanda untuk manusia dan juga mereka dialam satu lagi agar mereka tahu ini tempat ada tuanpunya dan mereka akan berundur. Bagaimana?

Tinggalkan air bacaan surah yasin dan buka tutup botolnya ( air mineral tanpa yasin pun boleh) dan segenggam garam di tengah rumah.

Mereka akan faham ini tempat orang

Tuan rumah ini tau "sesuatu" dan mereka telah beikhtiar dan kita harus menghormati mereka.

Sudah sudahlah tu sebelum ada korban lain.

Ini bukan soal untung atau rugi, ini soal melindungi jangan ada yang kena lagi.