Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PENJELASAN AGEN PEMBERI SEWA BERHUBUNG DAKWAAN MISTERI KEJADIAN PELIK DI AMBER COURT

Malam 13 Oktober 2012, kru Penyingkap Fakta 666 bergerak ke Genting Highlands, Bentong, Pahang.

Kami kemudian singgah di Apartmen Amber Court.


"Kalau tidak salah, ada satu kumpulan datang ke sini menaiki kereta Februari lalu. Dua lelaki dan dua perempuan, seorang daripada mereka menggerbangkan rambut dan kemudian merakamkan gambar sendiri," dakwa Jenny.


Jenny, agen menyewakan lebih 50 unit apartmen diamanahkan pemilik kepada mereka berminat untuk bercuti di pusat peranginan di puncak gunung itu sejak 12 tahun lalu.

"Apartmen ini susah hendak dijaga kerana cuaca di sini lembab," jelasnya.

"Berapakah harga sewa unit sehari?," soal saya.

"Kalau bukan peak season, RM130," balasnya.

Sambil berdiri, saya melihat 2 bangunan Amber Court setiap satu setinggi 23 tingkat dengan 670 unit telah dicat semula 5 bulan lalu dan kelihatan lebih kemas berbanding gambar dipaparkan di internet.


Berikut gambar Amber Court sebelum ini, di ambil dari sumber ini


"Ini pengurusan ke empat Amber Court dikendalikan oleh Badan Pengurusan Bersama. Semua unit apartmen di sini milik peribadi individu dan disewakan. Saya bertugas bersama Jenny lebih 10 tahun," kata Yusri Bahri.


Yusri, pembantu Jenny, pada mulanya kami sangkakan ketua pengawal keselamatan.


"Di internet disebarkan dakwaan mengatakan sebuah daripada pintu bilik di sini dipalang," kata Razali.

Pantas saya mengeluarkan Galaxy Tab dari beg galas dan menunjukkan gambar pintu dan membacakan kepada mereka antara dakwaan di internet.


"Ya dan maklumat mengatakan, unit itu digunakan untuk menyimpan roh. Hanya sebab gambar pintu dipalang mencemarkan imej Amber Court. Kalau di Google, kita akan dapat membaca informasi mendakwa Amber Court, tempat menakutkan dan lokasi paling kerap orang kena kacau," sambung saya.

Klik blog ini untuk melihat pintu dimaksudkan dan pelbagai dakwaan mengerikan berhubung apartmen itu.

"Bilik itu sebenarnya dibeli oleh individu dan pemilik langsung tidak datang ke sini. Bilik itu kena pecah dan diceroboh, jadi pihak pengurusan memalang pintu untuk mengelakkan daripada terbuka, takut orang mancuri barang di dalam unit," celah Yusri Bahri.

"Pintu bilik masih dipalang sampai sekarang?," soal Razali Harun.

"Ya, sampai sekarang," balas Yusri.

"Encik Yusri, jika kami dibenarkan memasuki unit pintu dipalang itu dan kemudian melakukan kajian di lokasi, sedikit sebanyak pasti akan mampu memulihkan imej Amber Court. Saya berminat menulis berhubung fakta hasil penemuan di blog," ujar saya.


"Sebenarnya kami mampu dan boleh menyewa bilik di sini, menjalankan tinjauan seperti dilakukan oleh beberapa kumpulan lain. Namun kami mengambil pendekatan berbeza. Sebelum datang ke sini, terlebih dahulu kami menghubungi Ketua Balai Polis Genting dan memaklumkan beliau mengenai kedatangan kami. Beliau kemudian merujuk kami kepada encik Yusri. Kalau sekadar ingin merakamkam gambar di sini, tiada masalah, kami sewa bilik dan rakamkan sahaja gambar sebab kami penyewa," terang Razali.

Tujuan kami jelas.

Secara profesional kami berhajat memohon kebenaran untuk memasuki unit pintu berpalang terbabit sekaligus  membuat rakaman audio dan video menggunakan peralatan kami miliki.


"Semua unit di bawah pihak pengurusan dan saya tidak dapat membenarkan awak semua masuk," kata Jenny.

Untuk rekod, banyak blog menyenaraikan Amber Court sebagai lokasi didakwa berhantu di Malaysia, klik di sini, di sini dan di sini.

Kami difahamkan, terdapat lima pengawal keselamatan bertugas di Amber Court.

"Who is the person in charge of this area pada waktu malam?," tanya Razali.

"Security guards," respon Jenny.

Menurut Jenny, berikutan pelbagai kisah seram disebarkan, kadar bilangan unit disewakan, hanya kira-kira 10% sahaja. 

"Jika kru kami dibenarkan masuk, kami mampu membantu menyeimbangkan berita disebarkan di internet," Razali masih berusaha cuba menyakinkan Jenny dan Yusri. 

Sebelum ini di You Tube, ahli satu kumpulan paranormal mendakwa terlihat pintu di satu daripada unit apartment terbuka dengan sendiri tetapi tidak berjaya merakamkan insiden itu. Malah jika hasil rakaman mereka ditonton, tiada entiti paranormal direkodkan termasuk dakwaan mengatakan pintu peti ais di unit tingkat atas terbuka tanpa disentuh. 

Dalam video sama, ahli wanita mereka mendakwa terlihat kaki melaui celah pintu utama rumah ketika dia dan rakan lain melakukan tinjauan di dalam.

Klik di sini untuk menonton video terbabit.

Kru Penyingkap Fakta percaya, sekurang-kurangnya audio boleh dirakamkan jika benar beberapa unit apartnen itu dihuni entiti paranormal seperti didakwa.

"Angin kuat, apabila bertiup kencang dan terkena pintu, macam macam bunyi boleh kita dengar," celah Yusri.

Razali telah meninggalkan nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi sekiranya pihak pengurusan apartmen membuat keputusan untuk menghubungi kru Penyingkap Fakta bertujuan meleraikan misteri didakwa.

9 Komen :

Adam Vai berkata...

SMTI

smti..

SMTI

pinkytigress berkata...

SMTI

Salam...
Untuk pengetahuan semua, sya selalu juga menginap di hotel ini apabila naik ke genting berseorangan dan ramai2 sebab murah dan tak perlu risau bilik penuh...datang time mana pun msti ada kosong..saya selalu sampai ke genting pada waktu mlam..memang suasana menyeramkan pada waktu mlam terutama laluan menuju ke hotel tersebut..tpi setakat ini tak pernah lagi diganggu atau kejadian2 yg tak diingini berlaku...yg penting jgn ckap besar dan takbur...alhamdullilah moga2 dijauhkan perkara buruk....

Starr berkata...

SMTI

tice su berkata...

smti..suka baca...makin mendalam perasaan ingin tau :)

Sy pernah menginap disini gara2 kena tipu dgn ulat...sy pernah diganggu..mmg bnyk bilik yg kena palang...lepas tu tingkat yg bole disewa pun tgkat 10 ke atas je...

Mohd Hilmi berkata...

salam
utk pengetahuan sy pernah menginap kat ci2 pd bln 5 thn ne..sy kesana bersama dgn kwn2 sy coz time 2 ad konsert dr artis luar negara..memandagkan time 2 semua hotel yg terdapat kt genting penuh jd sy n kwn mgambil kputusan utk mginap disan..pd mula nye sy kesana mmg jln nye gelap n menakutkan..sy dpt bilik di tgkt 7 berhadapan bilik yg berpalang..alhamdulilah sepanjang kami dok sane xde pape perkara yg terjd r....