Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

CAHAYA ANEH DI HIGHLAND TOWERS

8 Disember lalu, kru 666, Razali, Jet dan saya,  melakukan tinjauan awal ke Hihgland Towers, Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Satu daripada bangunan apartmen, Blok 1 itu tumbang menyembah bumi pada 11 Disember 1993.




48 penghuni termasuk warga asing, berusia di antara 3 dan 76 tahun terkorban dalam tragedi hitam terpahat dalam lipatan sejarah negara. Struktur dua blok lagi, kini masih berdiri disahkan tidak selamat untuk diduduki.


Saya pernah berkunjung dua kali ke Highland Towers sebelum ini tetapi tidak Jet dan Razali. 

"Itu bekas tapak blok 1 yang runtuh. Sekarang telah dipenuhi pokok dan semak samun namun batu batan asas masih masih kelihatan. Hanya dua orang terselamat sewaktu kejadian, wanita Indonesia dan anaknya berusia 3 tahun. Wanita Jepun dikeluarkan dari runtuhan tetapi meninggal dunia di hospital. Semua mayat ditemui termasuk cebisan daging manusia sewaktu operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh pihak berkuasa," ujar saya.


Berikut gambar di bahagian bawah blok 2, saya rakamkan.


Tragedi dilaporkan berlaku akibat aliran air di bawah tanah. Kami dapati tanah becak dan air masih terus mengalir.


Jet kelihatan berhati-hati ketika melangkah naik melalui cerun bukit untuk naik ke blok 3. 


Di bawah,  pemandangan ke blok 2 jika mendongak di posisi Jet berdiri sewaktu menaiki tangga usang dan pecah.


Bahagian bawah blok 3 tiga juga berlumpur dan basah. 


Saya dimaklumkan oleh individu mendakwa berkebolehan melihat entiti paranormal digelar pocong dan langsuir.


"Saya nampak banyak pocong di bahagian semak ini manakal di sekitar tandas lama itu, ada langsuir," katanya.


"Mujur saya tidak mampu melihata makhluk ghaib," balas saya.

Sabtu lalu, jam 9 malam, kru 666, Razali, Jet, Suhaimi, Boy, Adam, Zul, Atoi, dua pelajar dari Belanda, Datuk Shafik Rizal Saaban serta dua rakan, Helmi Azizul Sulaiman dan Miswan Suki berkumpul di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Tepat jam 11 malam, kami mula bergerak dari restoran Bestari Maju untuk ke Highland Towers.


Pelajar Universiti of Amsterdam berusia 24 tahun, Zoe Huitema dibantu oleh rakannya, jurugambar, Marleen Hoftijzer menyertai kru 666 untuk menyiapkan kerja kursusnya berhubung paranormal.


Semua kru dan tetamu dimuatkan di dalam 3 kenderaan berasingan.


Sebaik tiba di Taman Hillview, kami kemudian bergerak pantas dan secara senyap menyusuri lorong berhampiran rumah penduduk dan tiba di ruang lapang berhadapan blog dua Highland Tower kira-kira jam 12 malam.


Perhatikan gambar aliran air jernih berhampiran kaki Razali.


Setelah semua kru dan tetamu berada di lokasi sama, semua melangkah masuk ke bahagian bawah blok 1  mengharungi lecak, naik ke blok 3.


Datuk Shafik tersenyum lebar sambil merakamkan gambar bersama dua rakan sekampung beliau.


Sejak dari awal, tandas tinggal berhampiran gelanggang skuasy, lokasi difikirkan sesuai untuk kamera pengesan pergerakan infrared diletakkan.


Jin lazimnya gemarkan tempat kotor dan berbau busuk.


Sebelum bergerak ke tandas, saya sempat menceritakan sejarah hitam Highland Towers kepada Zoe dan Harleen agar mereka mengetahui fakta sebenar berhubung kejadian meragut hampir 50 nyawa terbabit.


Sedang Razali memasang kamera pengesan pergerakan Infrared, Harleen merakamkan gambar di lokasi itu.


Saya rakamkan reaksi Helmi dan Miswan. 


Boy kemudian mencari lokasi sesuai untuk meletakkan kamera video infrared.


Tepat jam 12.33 malam, kami bergegas meninggalkan peralatan termasuk meter EMF.


Jam 12.41 malam, kami melangkah naik ke tingkat satu dan dua blok 3 sambil Marleen terus merekodkan gambar Zoe. Razali tanpa jemu memperingatkan dua gadis terbabit agar menjaga keselamatan diri.

"Whatever happens, please don't run because you might fall and hurt yourself," katanya.

Mereka mendengar nasihat, amat beradab serta bijak menyesuaikan diri dengan semua kru 666.


Sewaktu berada di tingkat dua, Harleen merakamkan gambar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

"This is the most beautiful scenery I have ever seen since I came to Kuala Lumpur," bisik Zoe.

Saya percaya pemandangan sama pernah disaksikan oleh penghuni tiga blok Highland Towers sebelum bencana menimpa. Biarpun berstatus apartmen, kawasan penempatan itu dianggap eksklusif justeru menggamit perhatian warga asing untuk tinggal di situ.


Berikut gambar saya rakamkan.


Zoe dan Harleen kemudian diberikan peluang untuk mencuba alat penguat audio.

"You had better try this," ujar Zoe kepada Harleen.


Berikut antara gambar dirakamkan oleh Datuk Shafik di lokasi sama.


Kira-kira jam 1.30 pagi, semua kru dan tetamu meninggalkan blok 3 untuk mengambil kembali kamera pengesan pergerakan infrared, meter EMF dan kamera video kami letakkan di sekitar tandas ditingglkan lebih 18 tahun.


Setelah diamati, pelbagai cahaya aneh muncul dalam rakaman video kamera di letakkan di tandas lama itu dan kelihatan juga imej seperti lembaga hitam berdiri di hadapan kamera.

Bunyi seperti tapak kaki dan kenderaan juga direkodkan berulang kali walhal sewaktu kami berada di lokasi tidak langsung kedengaran bunyi terbabit.

Video itu akan cuba dimuatnaik ke blog ini dalam jangka waktu terdekat.


Jam 2.30 pagi kami beredar dari Highland Towers dan berhenti membasahkan tekak di restoran mamak berhampiran.

"Zoe, Harleen, 666 is not only about recording audio and visual, it is a spirit of brotherhood," kata saya.

"Yeah! I have noticed that. We got to know all of you guys this evening but it seems that we have known each other for years," celah Zoe.


To Zoe and Harleen, thank you for joining us even for only a night. It was a pleasure to have both of you as our guests.  

We want to let you know, if you happen to visit Malaysia again, you have all of us as friends.

11 Komen :

dayang Citra berkata...

wah,beraninya...syabas semua...

Adam Vai berkata...

Menarik!

GematriA™ berkata...

SMTI~


sangat menarik.

tak sabar untuk tunggu video tu.

pinkytigress berkata...

menunggu dgn sbr..SMTI :)

sW33tdARLiNG berkata...

SMTI

Home bekam berkata...

SMTI tu apa? maaf baru mula follow blog ni.....menarik ...

eja khalid berkata...

Serammmmmm

xsabar nk tgk video ? mana .. exited coz very interestg

Movie ...jom tgk wayang

Ros Amisya berkata...

dah agak mesti ade something at situ

me hafi berkata...

Mcm tercabar pula rasanya