Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

KADAR BAYARAN ISTIMEWA UNTUK PELAJAR (PARANORMAL TOUR MELAKA 2013)


Apakah itu Paranormal Tour Melaka 2013?

Satu aktiviti 'berjalan malam' atau night walk di bawah kendalian 7 kru TETAP Penyingkap Fakta, saya, Razali, Jet, Boy, Suhaimi, Atoi dan Ustaz Zahruddin Zainal, selaku penasihat.

3 lokasi telah dikenal pasti di Melaka Bandaraya Bersejarah untuk ditinjau pada waktu malam/awal pagi di antara jam 11 malam dan 2 pagi pada 9 Februari akan datang.

InsyaAllah, kami akan tiba di Melaka pada jam 2 petang dan kemudian menginap di 2 bilik hotel tajaan Euro Rich Hotel. 

Andai pembaca sudi untuk bertemu kru, kami akan meluangkan masa di antara jam 3 dan 5 petang di lobi hotel. Sesi istimewa itu diperuntukkan untuk berkenal-kenalan dan bergambar sebagai kenangan.

Selepas solat Isyak, kami akan berkumpul di hadapan A'Farmosa untuk mengadakan sesi taklimat ringkas kepada maksima 15 peserta berminat sebelum meneruskan tinjauan. Bayaran dikenakan, RM66 sahaja termasuk kos kemeja Penyingkap Fakta, makanan dan minuman di sepanjang tinjauan.

Bayaran ISTIMEWA untuk pelajar pusat pengajian tinggi, RM50.

Kru Penyingkap Fakta juga bakal mempamerkan pelbagai gambar aneh serta menarik, kami rakamkan dalam tinjauan sebelum ini sekaligus berkongsi kisah di sebalik gambar bersama semua.

Bagaimanapun, peserta harus datang dan bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Andai tidak memiliki kenderaan dan datang dari Lembah Kelang, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812. 

Kira-kira jam 11 malam, kru dan peserta bakal bergerak ke 3 lokasi dipilih. Peserta diberikan peluang untuk mencuba semua peralatan elektronik digunakan kru sewaktu tinjauan sebelum ini.

Sesi 'Bersama Ustaz' akan diselitkan pada waktu dan lokasi sesuai untuk peserta mendengar kisah 'Dari Alam Jin' bersama Al-Hafiz Ustaz Zaharuddin Zainal. Mereka juga berpeluang untuk bertanyakan soalan samada dirancang atau spontan berhubung dunia jin.

Lebih molek, peserta membawa kamera digital bersama untuk merakamkan gambar di lokasi. Namun jangan lupa memakai kasut dan membawa lampu suluh demi memastikan keselamatan diri. Bekalan makanan dan air minuman akan disediakan, InsyaAllah.

Masyarakat Malaysia, sekian lama dimomokkan dengan pelbagai kisah seram. 

Itu fakta.

Walhal kekadang kisah itu ditokok tambah agar menjadi lebih menakutkan. Kita bersama bakal menyingkap fakta di 3 lokasi, 3 misteri dan 3 sisi.

Ayuh!

Usah menunggu lagi, hubungi kami dengan kadar segera.

2 Komen :

kalau peserta yg dh join tour sebelum ni nk join jugak cmne? boleh lke?

Anak Cik Talip, Tidak ada masalah. You are most welcome.