Ikuti kisah terperinci hasil tinjauan kru Penyingkap Fakta di pelbagai lokasi menggerunkan masyarakat. ... lokasi didakwa berlaku pelbagai kejadian aneh atau penampakan entiti paranormal. Kami melangkah bersama, mengharung onak, duri dan sembilu , mendokumentasikan kenangan pahit manis namun disatukan oleh minat sama. Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

PTM 2013 ( PERKONGSIAN PENGALAMAN PESERTA)

Alhamdulillah, Paranormal Tour Melaka, PTM 2013 berjalan lancar seperti dijadualkan. 




Sembilan perserta menyertai kru Penyingkap Fakta di 3 lokasi di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Kru bergerak dari Kuala Lumpur kira-kira pada jam 11.30 pagi Sabtu, 9 Februari 2013. Mazidul, Razali, Jet, Suhaimi, Boy, Atoi dan Farid menaiki 3 kenderaan berasingan bersama penasihat Penyingkap Fakta, Ustaz Zaharuddin Zainal.


Kami tiba di Melaka, kira-kira jam 2 petang dan disambut oleh sahabat, Azizul Azzemin sebelum dibawa menjamu selera di restoran berhampiran Dataran Pahlawan.


Sebilangan kru kemudian menginap di 2 bilik tajaan Euro Rich Hotel di Bandar Hilir manakala majoriti ditempatkan di homestay.


Hampir jam 4.30 petang, lima kru bergerak membuat tinjauan awal ke 3 lokasi sebelum PTM 2013 dimulakan. 


Kami singgah di Bukit Senjuang dan terus ke kubur panjang terletak di ruang lapang berhampiran hutan. Atoi tanpa berlengah merakamkan gambar sebagai rujukan.

"Di dalam hutan ini lebih banyak kubur lama menggunakan batu merah sebagai nesan," kata Razali.


Hairan, lazimnya tanah perkuburan Islam di negara kita, dijaga rapi tetapi penemuan kami membuktikan sebaliknya. Mungkin kubur terbabit bukan lokasi persemadian jenazah individu ternama. Justeru dibiarkan ditelan dek semak-samun tanpa dipedulikan.


Tidak jauh dari kawasan itu kelihatan beberapa kubur Cina.

Bertujuan meraih maklumat, kru Penyingkap Fakta kemudian mendekati beberapa lelaki Cina duduk di bangsal.


"Saya dengar kubur panjang itu bukan kubur orang Melayu tetapi orang Indonesia beragama Islam. Manakala kubur Cina di sekitar ini, semua lama, berusia lebih seratus tahun," ujar Hoo Sin Chew.

Chew berasal dari Jalan Ujung Pasir, Melaka,  berusia 72 tahun.

Kami kemudian bergerak ke lokasi seterusnya, terletak berhampiran pantai di Klebang Besar. 


Saya meminta Razali mendekati beberapa remaja duduk melepak di tepi pantai untuk mendapatkan informasi berhubun bangunan itu.


"Ada kes sebelum ini, orang sedang mandi pada waktu Maghrib ditarik di tepi pantai ini. Manakala orang memancing selau terlihat kelibat lembaga berwarna hitam di dalam bangunan. Kami takut untuk memancing di kawasan ini," jelas Norman Hakim Mohd Hanafiah.


Norman Hakim, 16 tahun, dari Tanah Merah Jaya.


Kru Penyingkap Fakta kemudian mendekati keluarga tinggal berhampiran.


"Memang macam-macam orang jumpa di situ. Di bangunan tinggal bersebelahan ada lelaki berasal dari Sabah. Dia tidak ada rumah dan tidur di dalam bangunan itu. Apabila saya temui, dia bercerita, terdengar bunyi budak menangis, terlihat kelibat perempuan memakai baju berwarna putih tetapi tidak mengacau, hanya memandang sahaja," Mohd Nor Adenan.


Rumah didiami oleh Mohd Nor, 27 tahun dan keluarga dianggarkan  terletak kira-kira 50 meter dari bangunan tinggal terbabit.


Pemilik bangunan dilaporkan peniaga kaya dan kemudian  jatuh bankrap.



Sembilan peserta PTM 2013 bakal ditinggalkan dalam keadaan gelap gelita di 3 lokasi dalam kumpulan 3 orang bermula pada jam 11 malam.

Itu perancangan bakal dilaksanakan.

Kami kemudian ke lokasi terakhir, banglo tinggal tidak jauh dari lokasi sebelumnya.


"Dilaporkan kanak-kanak perempuan kecil dibunuh di banglo itu. Sejak kejadian berlaku, keluarganya telah berpindah ke tempat lain. Sebelum itu ramai pemancing gemar memancing di pantai belakang banglo tetapi kini tidak lagi. Mereka mendakwa kelihatan kelibat kanak-kanak bermain di kawasan sekitar pada waktu malam," dakwa remaja saya temui melintasi kawasan banglo sama.

Lihat pohon kayu ara bak menelan sebahagian daripada struktur terbabit.


Pada jam 5.52 petang, saya merakamkan gambar di bawah.


Dalam minit sama saya menekan punat rakaman kamera digital.


Perhatikan gambar berikut. 


Mungkinkah biasan cahaya pada kanta kamera di dua posisi berbeza?


Di atas gambar ketiga saya rekodkan. Cahaya itu tidak kelihatan lagi.

Ketika rakaman, Razali dan Farid mendekati nelayan tua berasal dari Sabah,  Ali Tahir, tinggal di seberang jalan berhampiran banglo.


"Pada jam empat pagi setiap hari, lelaki berusia 60 tahun lalu di jalan sebelah banglo untuk ke laut mencari udang geragau. Katanya, memang bulu roma naik dan dia berasa seram. Kalau di Sabah, orang panggil pontianak, memang ada di situ,  katanya," lapor Razali.

Farid juga mendengar dakwaan lelaki sama.


Pulang daripada melakukan tinjauan awal bagi memastikan tahap keselamatan lokasi, kru singgah untuk melapik perut di gerai asam pedas di Kota Laksamana.

Sekaligus kami bertemu wartawan, Melaka Hari Ini, Nur Fatena Othman dan Ketua Biro akhbar Tamil, Makkal Osai, B. Rajakumaran.


Mereka berdua juga bersetuju menyertai PTM 2013 bersama peserta lain. Biarpun pada mulanya berasa sedikit gentar. 

Apakah terjadi kepada semua peserta tatkala ditinggalkan di dalam banglo dan 2 lokasi lain?


"Sewaktu saya duduk di kubur, bersama peserta lain, seram sejuk, 'dia' ....," ujar Nur Amanina Suhaimi, 20 tahun.

Wajahnya pucat dan suhu badan menurun.


Ikuti pengalaman unik mereka tempuh di entri seterusnya.


Klik di sini untuk melihat gambar.


2 Komen :

Sukma Haron berkata...

teruja dengar citer bila team paranormal jelajahi tempat saya...
beraninya....singkap di sebalik citer di banglo tersebut...

PaPa Blogger berkata...

gambar bertudung merah je yang banyak.. hehehe.. comel orang nye...